Monday, March 14, 2011

"SALAM" @ "AKUM"

Hari ni banyak blog yang story pasal "AKUM" dan "SALAM"...
Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Ada dalam satu risalah yang Ratu baca, kita boleh menggunakan 'salam' kerana ia sama maknanya dengan "Assalammualaikum"....BETUL ke x mari kita kaji sesama...
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: “Salam (selamat tinggal)”. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).
(QS. 43:89)
SALAH KE UCAP "SALAM"???
Menerusi radio ikim (91.50 fM). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan; Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lebih baik kita menggunakan As-salam yg maknanya lebih jelas iaitu Keamanan, dari kita mengucapkan salam sahaja.
Ada sebabnya kenapa setiap kali kita membaca Al-Quran harus berhenti bacaan di bacaan yang tertentu sahaja. Supaya ayat itu lengkap dan tidak disalah ertikan. Mari kita kaji sesama yer...
Surah Az-Zukhruf (سورة الزخرف) diturunkan di Makkah, merupakan surah yang ke-43 dalam Al-Quran dalam juzuk yang ke-25, mengandungi 89 ayat. Dinamakan "Az-Zukhruf" (Perhiasan), kerana pada ayat 35 dan ayat-ayat yang terdahulu daripadanya diterangkan perihal kaum kafir musyrik yang menentang Nabi Muhammad(s.a.w.). Mereka mengatakan: sepatutnya jawatan Nabi itu diberikan kepada seorang besar yang kaya raya dan berpengaruh. Bagi menolak hujjah mereka, Allah Taala menerangkan bahawa kekayaan dan kemiskinan tidak boleh dijadikan ukuran bagi darjat seseorang, kerana segala kekayaan dan perhiasan dari emas dan lain-lainnya itu hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia sebaliknya kesenangan hari akhirat di sisi hukum Allah adalah tertentu bagi orang-orang yang bertaqwa.

Sila baca di bawah:


Ayat 87:
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?


Ayat 88:
Dan (Dia lah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"


Ayat 89:
(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah "Salam" (Selamat tinggal). Kelak mereka akan mengetahui nasib mereka yang buruk (akibat keingkarannya)! "

Tidak terdapat larangan penggunaan perkataan "Salam" dalam mana-mana ayat tersebut. Cuma Allah SWT berfirman kepada Nabi Muhammad supaya mengucapkan Salam kepada orang Kafir tersebut sebelum meninggalkan mereka sebagai tanda hormat sebelum berlalu pergi. Nabi Muhammad, seperti mana yang kita baca dalam Sirah2 baginda, yang Baginda tetap menghormati orang lain walaupun orang tersebut menyakiti atau membenci Baginda. Allah SWT berfirman lagi pada hujung ayat :

Kelak mereka akan mengetahui nasib mereka yang buruk (akibat keingkarannya)! "


1 comment:

  1. info yang berguna sebab sekarang ni penggunaan perkataan AKUM & SALAM bagai trend.. saya juga terjebak dalam penggunaan singkatan ni tanpa tahu maksudnya. Thanks

    SEBAB TAK BERTUDUNG MAKA TAK LAYAK MENYAMPAIKAN BENDA BAIK

    ReplyDelete